NOTA-NOTA SISTEM HIDRAULIK

NOTA-NOTA SISTEM HIDRAULIK
 
Pada ruangan ini di lampirkan nota-nota asas bagi sistem hidraulik....
Diharapkan noto-nota ini mungkin sedikit sebanyak dapat membantu dan menjadi rujukan bukan sahaja dikalangan pelajar sekolah dan universiti malah juga bagi golongan yang bekerja dalam bidang tersebut...
Prinsip Asas Hidraulik  KLIK DISINI (SLIDE VIEW)

1.0 PENGENALAN
 
Sistem hidraulik banyak digunakan di dalam industri automobil seperti sistem steringkuasa (Power Strering) ataupun sistem brek, satelit dan sebagainya. Sistem ini menggunakan cecair sebagai media penghantaran kuasa. Bendalir yang biasa digunakan adalah minyak yang tidak boleh  di mampatkan dan berfungsi sebagai bahan pelicin. Sistem hidraulik adalah tahan lasak . system hidrulik mengaplikasikan hokum pascal di mana  tenaga boleh di pindahkan melalui cecair.

                                                   Rajah 1.0 : Prinsip asas hidraulik  (Pascal Law)
Rajah  1 diatas menunjukkan hukum pascal mengenai prinsip asas hidraulik. F1 adalah tekanan/Daya yang di kenakan ke atas A1(Omboh) di mana P1(Tekanan Rendah ) akan berusaha untuk mencari ruang bagi mengeluarkan Cecair yang termampat di dalam bekas tersebut  .Oleh yang demikian  ia akan menolak F2 yang akan membantu menolak A2(Omboh 2) ke atas di mana tekanan akan beransur – ansur menjadi tinggi seterusnya mengangkat beban yang terdapat di atasnya.
 
2.0 KEBAIKAN & KELEMAHAN MENGGUNAKAN SISTEM HIDRAULIK

Penggunaan sistem hidraulik sebenarnya mempunyai beberapa kebaikan dan kelemahannya yang tersendiri.Berikut dibawah merupakan kebaikan dan kelemahan menggunakan sistem ini.
 
2.1 KEBAIKAN
 
  1. Sangat sesuai di gunakan untuk mengangkat beban yang berat dengan efficen .
  2.  Tidak menjejaskan perjalanan sistem secara keseluruhanya , ini kerana terdapat satu sistem di mana tenaga hidrulik akan di simpan untuk kegunan kecemasan.
  3.  Sekiranya berlaku kebocoran sistem masih boleh di gunakan , ini kerana  pam akan terus membekalkan minyak ke dalam sistem akan tetapi kecekapan sistem mungkin berkurangan.
 2.2 KELEMAHAN

  1. Pam yang bejalan menyebabkan  kebisingan .
  2. Punca kepada kebakaran, ini kerana hidrulik  menggunakan minyak sebagai medium perantara. Sekiranya  sistem hidrulik terlalu panas dan terdapat kebocoran pada hos . ia boleh mengakibatkan bencana.
  3. Sekiranya tekanan hidrulik melebihi had yang di tetapkan , hos yang di pasang mungkin akan  mendatangkan kecederaan kepada anda.
3.0 BENDALIR HIDRAULIK
 
      3.1 Fungsi bendalir hidraulik

Selain bendalir ini di gunakan untuk memindahkan tenaga dari tenaga cecair (fluid work force)  kepada tenaga mekanikal( pergerakan) ia juga berfungsi sebagai :-
·         Menjadi pelincir kepada bahagian yang begerak.
·         Menjadi pelega  kepada bahagian yang bertemu.
·         Menjadi bahan penyejuk kepada sistem .
  
Rajah 2: Minyak hidraulik
 
3.2 Sifat Bendalir Hidrulik Yang baik

Bendalir hidrulik terdiri daripada bahan  minyak galian yang bersifat  tahan api dan tidak boleh mampat .Berikut  merupakan ciri – ciri bendalir yang baik  :-
  • Kelikatan Minyak. Yang sempurna.
  • Tahap kelikatan mempengaruhi perjalanan system. Ini kerana minyak yang likat akan memperlahankan perjalanan bendalir di dalam system..
  • Pelinciran     
  • Minyak hidrulik juga berfungsi sebagai pelincir untuk mengelakan dari berlakunya kehausan pada komponen
  • Tahan Haba
  • Minyak hidrulik yang baik mestilah  tahan daripada kepanasan. Jika tidak ia mungkin mengakibatkan kebakaran pada system di mana minyak yang mampat terlalu lama berkemungkinan akan menjadi panas dan  mengakibatkan kebakaran mahupun piston pecah  di mana boleh mendatangkan kecederaan.
4.0 KOMPONEN-KOMPONEN ASAS SISTEM HIDRAULIK
 

Terdapat beberapa komponen asas di dalam system hidrulik di mana komponen ini sama sekali berbeza dengan system pnuematik.  Ini kerana system pnuematik menggunakan medium angin sebagai perantara untuk mengangkat beban kerja. Oleh sebab yang demikian komponen yang di gunakan juga mestilah berbeza. Komponen utama di dalam system hidrulik adalah seperti berikut:-

4.1 PUMP

Fungsi pump adalah bertujuan  untuk memindahkan cecair hidrulik dari tangki ke seluruh system. Pump boleh dikatakan sebagai jantung kepada sesebuah sistem hidraulik. Jadi ia merupakan komponen asas yang penting bagi sistem ini. Terdapat pelbagai jenis pump yang digunakan dalam sistem hidraulik antaranya adalah centrifugal pump dan gear pump.

4.1.1 Centrifugal Pump

 Rajah 3 dibawah menunjukkan contoh centrifugal pump yang digunakan dalam sistem hidraulik.
 

  Rajah 3: Centrifugal pump
 
 4.1.2 Gear pump(Pump gear dalaman)
Rajah 3  dibawah menunjukkan contoh centrifugal pump yang digunakan dalam sistem hidraulik.

  Rajah 3: Centrifugal pump

Pam ini berfungsi apabila Gear  yang berada di dalam pam ini akan membantu memindahkan  cecair dari tangki  . Cecair yang berada di dalam tangki ini bertekanan rendah di mana ia akan di sedut keluar . . dalam keadaan bertekanan tinggi untuk di salurkan kepada system.
 
4.1.3  Pengoperasian pump dalam sistem hidraulik
  1. Cecair yang berada di dalam tangki akan masuk ke dalam pam apabila di hidupkan.
  2. Bilah yang terdapat di dalam pam akam membantu menjadikan minyak bertekanan tinggi.
  3. Apabila minyak bertekanan tinggi ia di lepaskan melalui saluran yang di sediakan untuk digunakan di dalam system.

4.2 INJAP HIDRAULIK(VALVE)

Valve berfungsi sebagai pengatur untuk  menentukan arah pergerakan minyak. Ini  bermakna pergerakan minyak ke silinder hanya boleh di kawal menggunakan valve sahaja  . Terdapat beberapa jenis valve yang di gunakan di dalam industri.
Antara contoh-contoh valve hidraulik adalah:
  • 2/2 way valve
  • 4/2 way valve
  • 4/3 way valve
  
4.3 SILINDER HIDRAULIK (ACTUATOR)

Peranan silinder adalah untuk menukar tenaga dari tenaga cecair kepada tenaga mekanikal, di mana beban kerja akan di angkat atau di tolak keluar.

Silinder yang biasa di gunakan di dalam  industri adalah:-
  • Single acting cylinder
  • Double acting cylinder
  •  
    4.3.1 Single acting cylinder
 
 
 
Rajah 5: Single Acting Cylinder
 
Silinder ini mempunyai 1 liang aliran sahaja di mana perggerakan masukkan dan keluaran minyak berlaku pada liang yang sama. proses keluaran bagi silinder ini dikawal oleh aliran dan tekanan minyak manakala proses masukkan silinder ini dikawal oleh pegas(spring)
  
           4.3.2 Double acting cylinder
 
 
 
Rajah 6: Double Acting Cylinder
 
Silinder ini mempunyai 2 aliran keluar dan masuk aliran di mana aliran tersebut di kawal oleh Directional control valve di mana  ia membuka laluan untuk bendalir mengalir dan seterusnya menolak beban/ benda kerja . Silinder ini biasa di gunakan di dalam  pada mesin – mesin untuk memotong benda kerja yang bertekanan tinggi.
 
4.4  HOSE DRAULIK
 
Hos merupakan bahagian yang menghubungkan antara satu – satu bahagian dengan satu bahagian yang lain di dalam system. Ini bermakna peranan hos amat penting di dalam system hidrulilk.  Penggunaan hos  di dalam system hidrulik bergantung kepada jenis system yang di gunakan. Anda perlulah menyambung hos dengan betul supaya ianya tidak mendatangkan kecederaan kepada anda.
 
 

 
Rajah 7: Hose hidraulik
 
 
5.0 SIMBOL PIAWAI KOMPONEN HIDRAULIK
 
Dalam litar hidraulik setiap komponen-komponen ini diwakili oleh simbol-simbol piawainya bagi tujuan memudahkan penghasilan litar sebelum sesebuah sistem di pasang. Rujuk link di bawah bagi melihat simbol-simbol asas yang digunakan bagi setiap jenis komponen asas.
 
Simbol-simbol piawai komponen asas hidraulik KLIK DISINI
 
 

17 comments:

  1. Salam sejahtera...apakah penyebab pam hidrolik ZL2002 tidak berfungsi ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab salah guna bos.pam hidrolik digunakan untuk pam jantung manyat. Supaya hidup balik

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Tq sbb bgi info..nak jawab assignment pun mudah..

    ReplyDelete
  4. Salam boss kenapa tekanan hydraulic Tak stabil untuk tempuh tekanan yg lama contoh dlm 5 miniz tekanan Mula menurun

    ReplyDelete
  5. Ada tak guideline utk cara penyimpanan stok hydraulik

    ReplyDelete
  6. Ada tak guideline yg mengatakan tempoh hayat hydraulic?

    ReplyDelete
  7. Boleh jelaskan bagaimana sebuah mesin hidraulik mencapai penggandaan daya dengan mengaplikasikan prinsip pascal?

    ReplyDelete
  8. Berapa lama sistem hydraulic c280 untuk full naik normal

    ReplyDelete
    Replies
    1. terangkan bagaimana daya rendah dapat mengangkat kereta semasa menggunakan bicu hidraulik??

      Delete
  9. terangkan bagaimana daya rendah dapat mengangkat kereta semasa menggunakan kuiz bicu hidraulik?

    ReplyDelete
  10. apakah masalah sebelum kewujudan sistem hidraulik ini?

    ReplyDelete
  11. Langkah Langkat untuk mengatasi nya apa ?

    ReplyDelete
  12. saya ingin berbagi dengan siapa pun di sini yang mencari pinjaman untuk bisnis atau pinjaman pribadi untuk menghubungi mr pedro di pedroloanss@gmail.com karena mr pedro dan perusahaan pinjamannya adalah semua yang saya percaya ketika datang ke solusi situasi keuangan jadi saya merekomendasikan ada yang mencari bantuan keuangan untuk menghubungi mr pedro dengan pinjaman 2 tingkat pengembalian tahunan, sekarang? Anda mengerti mengapa saya akan memilih pedro dengan perusahaan pinjamannya 100 keuangan asli.

    ReplyDelete